Posts

TITAS - Pengaruh Tamadun Melayu, China, dan India Bagi Aspek Sosio-Budaya, Ekonomi, dan Pendidikan di Malaysia. (N.J)

  1.0       PENGENALAN Berdasarkan buku pelajar edisi kedua (2013) , tamadun merujuk kepada kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Dalam bahasa Inggeris, tamadun merujuk kepada civilization yang berasal daripada perkataan Latin iaitu “ civitas ” yang bermaksud kota. Dalam buku “Modul Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS, 2015), tamadun merupakan taraf atau kemajuan sama ada yang bersifat rohani (bukan material) ataupun jasmani (material) sesebuah masyarakat. Bagi pandangan lain, tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi seperti negara-negara barat. Berdasarkan buku “KETAMADUNAN MANUSIA” (2016), menyatakan bahawa tamadun merujuk kepada pencapaian dalam bidang material atau fizikal yang merangkumi kemajuan dalam bidang undang-undang, sebi bina, perbandaran dan sebagainya. Kedua, tamadun haruslah menggabungkan dua pencapaian berbentuk material dan berbentuk kerohanian.   Malaysia adalah sebuah negara yang bertamadun, ...