TITAS - Pengaruh Tamadun Melayu, China, dan India Bagi Aspek Sosio-Budaya, Ekonomi, dan Pendidikan di Malaysia. (N.J)

 1.0       PENGENALAN

Berdasarkan buku pelajar edisi kedua (2013), tamadun merujuk kepada kebudayaan, peradaban dan kemajuan. Dalam bahasa Inggeris, tamadun merujuk kepada civilization yang berasal daripada perkataan Latin iaitu “civitas” yang bermaksud kota. Dalam buku “Modul Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS, 2015), tamadun merupakan taraf atau kemajuan sama ada yang bersifat rohani (bukan material) ataupun jasmani (material) sesebuah masyarakat. Bagi pandangan lain, tamadun merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi seperti negara-negara barat. Berdasarkan buku “KETAMADUNAN MANUSIA” (2016), menyatakan bahawa tamadun merujuk kepada pencapaian dalam bidang material atau fizikal yang merangkumi kemajuan dalam bidang undang-undang, sebi bina, perbandaran dan sebagainya. Kedua, tamadun haruslah menggabungkan dua pencapaian berbentuk material dan berbentuk kerohanian.  Malaysia adalah sebuah negara yang bertamadun, berbilang kaum dengan pelbagai budaya. Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain. Budaya merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya mengandungi pengetahuan, kesenian, moral, hukum adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang diperoleh oleh seseorang sebagai anggota masyarakat. Perkembangan negara Malaysia pada hari merupakan satu bentuk perkembangan tamadun.

             Malaysia yang kita dapat lihat pada hari ini merupakan hasil daripada adaptasi kepada perbezaan yang jelas antara kelompok masyarakat yang berkongsi tanah. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Masing-masing kaum sememangnya memberikan bentuk dan imej kepada Malaysia kita pada hari ini. Dengan itu, terdapat beberapa aspek yang kita dapat lihat bagi implikasi hasil daripada tiga kaum tersebut. Antara aspek tersebut ialah sosio-budaya, ekonomi dan pendidikan di Malaysia.

 

2.0       SOSIO-BUDAYA

Menurut Kamus Bahasa Melayu (2000), sosio-budaya merujuk kepada hubungan antara masyarakat dengan budaya. Antara aspek yang dapat dilihat ialah budaya, bahasa, agama, kesenian dan sastera.

2.1       PENGARUH SOSIO-BUDAYA TAMADUN MELAYU DI MALAYSIA

Bagi kaum Melayu, memperlihatkan perbezaan yang kita dapat lihat daripada kaum lain dari segi budaya, bahasa, agama, kesenian dan kesusasteraan. Kaum Melayu merupakan kaum yang mementingkan kesopansantunan dalam pergaulan terutamanya kepada orang tua. Kaum Melayu, secara majoritinya menggunakan bahasa Melayu, tetapi disebabkan perbezaan geografi, maka perbezaan bahasa dari segi dialek berlaku seperti dialek Perak, Kelantan, Terengganu, dialek Kuala Lumpur dan lain-lain. Bagi agama dan kepercayaan pula, kaum Melayu sememangnya sudah dikenali dengan anutan agama Islam. Kedatangan agama Islam pada adab ke-7 telah menghakis telah sebahagian kepercayaan Hindu-Buddha yang telah lama bertapak di Tanah Melayu. Agama Islam mementingkan dua perkara utama dalam menjadi Islam sejati iaitu Akidah dan Syariah serta menjadikan Sunnah dan al-Quran sebagai rujukan utama. Selain itu, bagi aspek kesenian seperti muzik merujuk kepada penggunaan alat muzik seperti Serunai, Gambus, Kompang, Gendang dan antara jenis muzik yang terkenal ialah muzik Hadrah, Ghazal dan Dondang Sayang. Seterusnya, bagi unsur sastera kaum Melayu terkenal dengan cerita-cerita rakyat seperti cerita Si Sang Kancil, Keldai dengan Serigala dan banyak lagi. Sastera Melayu juga merujuk kepada pantun, sajak, gurindam, seloka, nazam, syair dan lain-lain lagi. Bagi masyarakat Melayu, sambutan yang wajib bagi mereka setiap tahun ialah Hari Raya Aidilfitri.

2.2       PENGARUH SOSIO-BUDAYA TAMADUN CHINA DI MALAYSIA

Masyarakat Cina di Malaysia menitikberatkan aspek kepercayaan, kesejahteraan, kemakmuran, kebahagian dan kekayaan. Majoriti mereka lebih kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Masyarakat  Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Bagi konsep agama, masyarakat Cina lebih kepada penganut agama Buddha atau Taoism. Bagi bahasa Cina, terdapat beberapa suku yang memiliki dialek yang berbeza, sebagai contoh Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Bagi aspek perkahwinan, masyarakat Cina akan merancang sesuatu perkahwinan dengan sebaiknya mengikut kepercayaan masing-masing. Seorang wakil akan datang merisik akan untuk mengetahui latar belakang si gadis yang diinginkan. Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki tersebut. Perkahwinan tersebut dijalankan pada berdasarkan kalender Cina. Untuk aspek kesenian bagi kaum Cina, kita dapat seperti muzik Guandong yang berasal dari Selatan China. Alat-alat muzik tradisional China juga terdapat seperti alat muzik Pipa, Yangqin, guzheng,Erh hu dan Seruling Cina. Dalam aspek kesusasteraan, masyarkat Cina menghasilkan puisi, sebagai contoh, puisi Shi jing. Bagi masyarakat Cina di Malaysia, mereka mempunyai pelbagai jenis sambutan, seperti sambutan Tahun Baru Cina.

2.3       PENGARUH SOSIO-BUDAYA TAMADUN INDIA DI MALAYSIA

Bagi aspek budaya, masyarakat India mengamalkan pemakaian kurta, dhoti dan lain-lain. Bagi adat perkahwinan, masyarakat India terdahulu merisik, lalu membuat kunjungan bagi melihat si pengantin perempuan, seterusnya melakukan upacara ikat janji bagi membincang hal-hal perkahwinan, serta Parisam yang merujuk kepada majlis pertunangan. Bagi aspek bahasa, pada masa dahulu bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang memberikan banyak kepada penghasilan suku kata bahasa Melayu. Sebagai contoh, kata imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit ialah maharaja, seniman, tatabahasa, swadaya dan pelbagai lagi. Antara dialek yang wujud di Malaysia ialah bahasa Malayalam dan Telegu. Demikian juga bagi aspek agama, masyarakat India di Malaysia lebih kepada agama seperti Hindu dan Buddha yang mana rujukan bagi agama tersebut ialah kitab-kitab Mahabrata atau Ramayana. Seterusnya, masyarakat India di Malaysia mengekalkan kesenian dalam pelbagai aspek seperti seni tarian seperti “BHARATA NATYAM”, seni muzik seperti Sitar, Veena, seni drama seperti tayangan filem Tamil dan drama Tamil Malaysia. Untuk aspek kesusasteraan akan lebih tertumpu kepada epik seperti Ramayana, Selain, daripada itu, terdapat juga seloka yang mengandungi tentang pemerintahan kerajaan Kosala  yag terletak di Timur Kuruksetra. Tidak lupa juga bagi sambutan yang mereka raihkan setiap tahun iaitu sambutan Deepavali pada bulan Oktober atau November berdasarkan kaum India tersebut.

 

3,0       EKONOMI

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2013), ekonomi meruju kepada tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, barang-barang dan perkhidmatan serta masalah-masalah kewangan yang berkaitan dengannya.

 3.1       PENGARUH EKONOMI TAMADUN MELAYU DI MALAYSIA

Dalam aspek ekonomi, tamadun Melayu sudah menyumbang pelbagai pengerakan ke arah kemajuan dan kemewahan kepada negara Malaysia dan sama ada ke persada serantau ataupun antarabangsa. Walaupun kegiatan ekonomi tamadun Melayu awal belum sampai ke era perindutrian secara besar-besaran, namun kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan alam Melayu telah berjaya menjadi pusat bagi aktiviti import-eksport di rantau Asia. Kegiatan perdagangan yang rancak di pelabuhan-pelabuhan di alam Melayu memberikn impak kepada kemunculan bandar ddan kota yang lengkap dengan prasarana.

3.2       PENGARUH EKONOMI TAMADUN CINA DI MALAYSIA

Sumbangan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi Negara sangat memberi kesan kepada Malaysia sekarang. Pernyataan tersebut dapat dibuktikan dengan sejak kedatangan golongan imigran Cina di sebelum merdeka lagi. Menurut Francis Light, orang Cina merupakan aset terpenting dan dapat menjana tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British. Masyarakat Cina membayar cukai tertinggi di Malaysia di mana ia penting untuk pembangunan negara. Sebagai contoh, Lee Shin yang memberikan sumbangan kepada ekonomi Malaysia. Sejak zaman dahulu lagi, dapat dilihat bahawa masyarakat Cina sudah menguasai aktiviti perlombongan, perdagangan atau ekonomi, pentadbiran dan kemudahan. Selepas merdeka, kedudukan ekonomi orang Cina mula teguh kerana kemahiran orang Cina untuk mengumpul modal. Dengan itu, masyarakat Cina Malaysia amat penting bagi pertumbuhan ekonominya.

3.3       PENGARUH EKONOMI TAMADUN INDIA DI MALAYSIA

Bagi tamadun India di Malaysia, pergerakan ekonomi mereka pada masa dahulu lebih kepada pekerjaan di ladang getah, malah sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan awam. Majoriti bagi kaum India Telegu bekerja di ladang sebagai buruh ladang, di samping kaum Malayalee pula dibahagikan kepada pekerjaan sebagai pentadbir di ladang-ladang. Kaum Ceylon pula bertugas di ladang-ladang dan juga sebagai kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Ceylon pula bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf sebagai kerani dan ke atas. Orang India Utara, kecuali Sikh, terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Misalnya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Kini, bilangan kaum India yang menjadi tenaga kerja perkhidmatan awam telah meningkat. Dengan itu, kaum India sememangnya memberikan sumbangank  terhadap negara sejak daripada dulu lagi. Oleh yang demikian, kita harus menghargai sumbangan kaum India.

 

4.0       PENDIDIKAN

Pendidikan merujuk kepada proses mengenali kemampuan semula jadi individu dan mendidiknya supaya menjadi warganegara yang berguna terhadap masyarakat dan negara.

4.1       PENGARUH PENDIDIKAN TAMADUN MELAYU DI MALAYSIA

Pendidikan dalam masyarakat Melayu terbahagi kepada dua, iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan formal mendirikan institusi pendidikan yang banyak di rantau alam Melayu. Perkembangan awal pendidikan bentuk ini dimulai dengan pendidikan ajaran Islam. Sistem pendidikan dan kurikulum  juga berteraskan kepada bidang pengajian Islam seperti tauhid, fikah, akhlak tafsir dan sejarah Islam. Pendidikan formal ialah pendidikan yang berlansung dalam kehidupan masyarakat. Pendidikan ini berbentuk kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti dan bijak membuat keputusan. Dengan itu, tamadun Melayu memberikan pengaruh besar terhadap sistem pendidikan masa kini. Sebagai contoh, untuk melahirkan insan yang seimbang mestilah memenuhi aspek JERIS dan selaras permintaan agama Islam.

4.2       PENGARUH PENDIDIKAN TAMADUN CINA DI MALAYSIA

Sebelum kemerdekaan, sekolah Cina di Malaya dipengaruhi oleh negara China untuk menggunakan bahasa Cina moden sempena kempen menggunakan bahasa Cina moden (Baihua) pada 1917. Sekolah Cina dipengaruhi dan digantikan dengan dealek Cina dengan bahasa kebangsaan negara China sebagai pengantar pengajaran. Perubahan ini telah menyebabkan perkembangan sekolah Cina di Malaya. Jumlah sekolah Cina di Semenanjung Malaysia pada 1918 telah mencapai angka tiga ratus lebih. Pada  tahun 1920, British sebagai penjajah mula mengawal pendidikan Cina melalui Ordinan Pendaftaran Sekolah Cina dengan merekodkan semua nama pengajar dan mula mengarah pegawai-pegawai British untuk mengawasi segala aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah Cina. Berdasarkan sejarah tersebut, kita dapat lihat bahawa perkembangan pendidikan formal Cina memberikan kesan terhadap sistem pendidikan Malaysia pada hari. Sebagai contoh, wujud aliran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam sistem pendidikan.

 4.3       PENGARUH PENDIDIKAN TAMADUN INDIA DI MALAYSIA

Bagi perkembangan pendidikan kaum India sebelum merdeka, kebanyakan sekolah Tamil didirikan di ladang-ladang getah. Pendirian sekolah sekolah tersebut hasil daripada pihak majikan dan mubaligh Kristian. Pada 1912, Enakmen Buruh telah menwajibkan setiap ladang menyediakan sekolah jika terdapat lebih sepuluh anak pekerja. Pendidikan Tamil yang disedikan adalah untuk mengekalkan anak-anak pekerja menjadi buruh di ladang tersebut. Kini, pendidikan Tamil untuk memiliki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pun telah ditubuhkan dan penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah tersebut. Namun, sekolah SJK hanya wujud pada peringkat rendah sahaja. Walau bagaimanapun, had kaum tidak ditetapkan, iaitu mana-mana kaum berhak untuk memilih untuk belajar di sekolah jenis kebangsaan ini.

5.0       KESIMPULAN

Negara Malaysia sememangnya dikenali dengan kepelbagaian dan perbezaan kaum. Tamadun Melayu, India dan Cina sangat memberikan kesan yang kepada pelbagai aspek di Malaysia. Sebagai kesannya, banyak pencampuran yang berlaku dalam kehidupan masyarakat seperti yang sudah berlaku. Sumbangan dari aspek keagamaan, bahasa, keseniaan dalam perkembangan tamadun tidak disangkal lagi. Peradaban kaum Melayu, India dan Cina membuatkan Malaysia merupakan negara yang lebih berwarna-warni dan merupakan satu imej yang dipandang tinggi oleh negara luar. Dengan itu sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur untuk kerana menjadi sebahagian daripada komuniti yang unik dunia.


BIBLIOGRAFI

BUKU

Abdul Aziz Mohd Zin et. al. (2006). TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN MELAYU. Kuala          Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya

Abdul Hakim Mohad et. al. (2015). Modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor Darul Ehsan: Sasbadi Sdn. Bhd.

Ahmad Zaki Abd. Latiff et. al. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Selangor     Darul Ehsan: Vivar Printing Sdn. Bhd.

INTERNET

Enddy Andia. (2012). SISTEM SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA. Dicapai pada 3 Mac    2020 daripada http://pendidikangurubaru.blogspot.com/2012/02/sistem-sebelum-dan-     selepas-merdeka.html

Comments